:: FOLLOWERS ::

:: Guesskids.com ::


Seluar Jeans Pertama Saye | Jb Central




Rm 48.00 - *Stress*


dengan adanya jeans nie, maka aku tak lagi pening kepala nak belikan baju budak aufa ni. serius, baju budak lelaki memang payah nak cari  yang menepati dengan citarasa..

:: 5 Month Check-Up ::

time pergi monthly check-up aufa untuk 5 bulan hari tu, berat badan dia cuma naik 300 gram aje. aduuhhh! sikitnya, dah nak masuk line kuning.. Nurse tanya kenapa naik sikit. aku senyum je. aku sendiri tak budjet budak kecik ni boleh naik 300 gram je. bulan lepas pun naik sikit. tak sampai sekilo. erm... rasenya nak kena jugak la tukar susu.

tapi, walaupun berat Aufa ni cuma 5.9kg sahaja, bila pikul dia, kemain lengguh badan. ayah dia selalu complain sakit pinggang bila bawak aufa pakai carrier.. heeeeee .Bila pangku dia, time dia tertidur, kemain lenguh tangan.. lenguh tu boleh bawa sampai ke esok harinya tau!

masa 5 bulan ni, aufa kena suntik. memang membanggakan bila dia sedikit pun tak menangis. kuatkan anak ibu ni. imunisasi 5 bulan ni adalah untuk Hepatatis B, DTP - Diphteria [penyakit kerongkong], Tetanus [kancing gig], Pertussis [Batuk kokol] . HIB [Haemophilus influenza Type B] , dan Polio.

nurse tu cakap, injection ini akan mengakibatkan bayi demam, so dia bekalkan ubat demam. balik rumah aje, mak mertua aku bagi makan ubat deman terus. effectnya, Aufa tak demam pun. Alhamdulliah, sejak lahir lagi, Aufa tak pernah demam. harap² kesihatan dia terpelihara.

Tahi sawan kat atas kepala dia pun semakin berkurangan mase aku bawak dia pergi check-up. dan sehingga hari ini, tahi sawan tu dah hilang. tapi still pantau, manalah tau benda alah tu timbul semula.

untuk pengetahuan korang, aku guna minyak gamat untuk hilangkan tahi sawan. heheee..... tak pernah terlintas nak buat, tapi mak mertua aku cam ne tah dia tergerak hati nak guna minyak tu. sebenarnya time tu aku tak bawak pun minyak johnson.

aku nasihatkan pada ibu² yang mengalami masalah yang sama dengan aku, aku nasihatkan jangan guna minyak bayi johnson. kalau dibaca dengan teliti, minyak ini sebenarnya untuk memanaskan kulit. so, kalau kita letak pada kulit kepala anak kite, for sure la tak berkesan sebab sifatnya yang panas. lagi satu aku syokan guna minyak bayi teddy dari cosway. minyak ni daripada minyak zaitun. boleh cuba hokey!



kulit kepala anak ibu dah cantik! tak lama lagi boleh simpan rambut. tapi aufa lebih comel kalau botak! cuteee sgt kan kan!


:: Hukum Menyusukan Anak Angkat ::

Entry berkenaan anak angkat diblog kesayangan aku ni sentiasa hangat. sehangat goreng pisang! bukan semua pasangan yang berkahwin mempunyai anak sendiri. ada yang bertahun² kawin tapi Allah masih belum mengurniakan mereka anak. Maybe mereka rindukan keriuhan mulut² comel ketawa, menjerit, mengomel, menangis dan sebagainya. keriuhan mulut² comel ini sebenarnya satu hiburan. itu pada aku. Alahai! rindu pulak pada anak²! ^__^

Malam tadi, disebabkan ter overdos nescafe, aku tak dapat nak tidur walaupun jam dah menunjukkan pukul 2 pagi. untuk melayan rasa kesegaran mata, aku belek² majalah Mami Baby April 2012. terjumpa artikal ini " Hukum Menyusukan Anak Angkat".

Artikal itu menulis bahawa islam menggalakan setiap ibu yang melahirkan anak untuk menyusukan sendiri bayi mereka dengan susu ibu sehingga berumur 2 tahun, sekiranya mereka mampu. Islam juga membenarkan wanita yang tidak melahirkan anak tetapi mengambil anak angkat, menyusukan anak angkat mereka dengan bantuan rawatan perubatan.

menggunakan ubat atau suntikan untuk merangsang pengeluaran susu badan adalah harus dengan syarat seorang wanita itu mestilah mencapai umur baligh sama ada sudah berkahwin atau belum. dan ubat atau suntikan tersebut tidak mengandungi unsur² najis.

Bayi tersebut sah sebagai anak susuan apabila menetapi syarat² seperti dibawah :

  • Bilangan susuan hendaklah dengan 5 kali penyusuan ( bayi mestilah dalam keadaan kenyang selepas penyusuan)
  • susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi
  • umur bayi tidak melebihi 2 tahun mengikut pengiraan bulan qamariah.
sekiranya kaedah menyusuan adalah dengan cara menyuntik susu melalui qubul dan dubur, menitik susu ke dalam mata, telinga dan tempat luka tubuh badan, bayi tersebut tidak sah sebagai anak susuan.


sekiranya, wanita yang menyusukan tersebut berkahwin atau pun mempunyai suami, maka lelaki tersebut menjadi mahram kepada anak susuan tersebut.

HUKUM HUBUNGAN MAHRAM.
hukum hubungan mahram antara anak susuan dengan adik beradik susuan, ayah dan saudara mara adalah seperti berikut :

  1. adik beradik susuan tidak boleh berkahwin
  2. anak susuan tidak boleh berkahwin dengan nenek / atuk disebelah ibu dan ayah susuan.
  3. anak susuan tidak boleh berkahwin dengan ayah susuan.
  4. tidak boleh berkahwin dengan adik beradik kepada ibu dan bapa susuan.
  5. haram berkahwin dengan anak kepada bapa susuan yang berlainan ibu. bergitu juga dengan anak ibu susuan dengan suami terdahulu ( adik beradik tiri)
  6. tidak boleh berkahwin dengan anak perempuan kepada adik beradik susuan.
PEMBAHAGIAN HARTA
anak susuan tidak termasuk dalam pembahagian harta @ hukum farait.


Aku tak sempat nak susukan dania !

Sayangkan mereka seperti anak² kita sendiri dan jangan pernah wujukan jurang antara mereka dengan kita dan antara mereka dengan anak² kita sendiri.




source : 
Majalah mamibaby April 2012 
Jawatankuasa Fatwa Majlis kebangsaan bagi hal Ehwal Islam Malaysia 
[Muzakarah kali ke-96 pada 13 - 15 Oktober 2011]